1) RUMAH TRADISIONAL
i) RUMAH PANJANG
|
Sebuah rumah panjang boleh mengandungi beberapa keluarga domestik yang menetap di dalamnya. Bilangannya tidak tetap, mungkin tujuh, sepuluh atau lima puluh keluarga domestik. |
|
RUMAH PANJANG DI SARAWAK
|
<><><><>
>
|
<><><><>
>
RUMAH PANJANG DI NEGERI SARAWAK
ii) RUMAH BAJAU LAUT |
|
RUMAH BAJAU LAUT, SEMPORNA, SABAH
Bangsa Bajau Laut membina rumah di atas laut dengan menggunakan jangkungan ataupun kayu keras ( kayu bakau) yang dijadikan penahan supaya rumah dibina tidak tumbang. Kadangkala jangkungan tersebut dipasak beberapa batu ke dalam laut sehingga jarak permukaan lantai rumah dengan laut hampir 800 meter. |
|
RUMAH BAJAU LAUT , SEMPORNA, SABAH
Bangsa Bajau Laut menggunakan perahu dan bot sebagai pengangkutan utama untuk ke bandar atau mencari rezeki di lautan. Pekerjaan utama mereka ialah nelayan memandangkan kehidupan mereka dikelilingi dengan laut. |
|
RUMAH BAJAU LAUT SABAH
RUMAH BAJAU LAUT DI SEMPORNA SABAH
RUMAH PANJANG BAJAU SABAH |
iii) RUMAH MINANGKABAU
RUMAH MINANGKABAU
Rumah Melayu Tradisional Negeri Sembilan(Rumah Minangkabau) mempunyai bumbung panjang iaitu jenis yang mempunyai satu perabung yang memanjang dari kiri ke kanan atau arah hulu ke hilir selari dengan jalan atau sungai. Bumbungnya mempunyai lentik yang bervariasi. |
|
RUMAH MINGANKABAU |
Disamping itu, rumah jenis ini mempunyai atap yang bertingkat antara atap bumbung rumah hadapan (rumah ibu) dengan atap serambi. Kebiasaannya, Rumah Melayu Tradisional Negeri Sembilan adalah jenis beranjung satu iaitu jenis berpangkal serambi. Ia mempunyai rumah belakang (dapur) yang bergabung dengan rumah ibu. Antara ciri lainnya yang standard adalah mempunyai 12 tiang serta berlantai tinggi dari tanah dan bertangga kayu.
|
iv) RUMAH KAMPUNG
|
RUMAH KAMPUNG DI NEGERI KEDAH
Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina orang Melayu yang sangat bernilai dan telah direka bentuk serta dibina sehingga menampakkan betapa mahir dan kreatifnya bangsa Melayu dalam bidang seni bina. |
|
RUMAH KAMPUNG DI NEGERI KEDAH |
Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dengan
sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang
sangat erat dengan alam sekitar.
|
RUMAH KAMPUNG DI NEGERI PERAK
Reka bentuk rumah tradisional Melayu memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan keluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri.
|
|
RUMAH KAMPUNG DI NEGERI PERAK |
Antara faktor yang mempengaruhi seni bina
rumah Melayu ialah faktor iklim, agama Islam, sosial dan alam
sekitar.
|
RUMAH KAMPUNG DI NEGERI MELAKA |
|
RUMAH KAMPUNG DI NEGERI MELAKA |
|
RUMAH KAMPUNG DI NEGERI KELANTAN |
Secara amnya, rumah tradisional Melayu ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau ayaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah.
|
RUMAH KAMPUNG DI NEGERI KELANTAN |
|
RUMAH KAMPUNG DI NEGERI JOHOR
|
Rumah tradisional ialah rumah yang dibina
secara tradisi dan dibina oleh tukang kayu menggunakan
kemahiran tradisi seperti sebuah rumah menggunakan pasak
iaitu tanpa paku.
|
RUMAH KAMPUNG DI NEGERI JOHOR |
Ruang dalaman rumah tradinional Melayu mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minangkabau, Siam, Cina dan Barat.
|
RUMAH KAMPUNG DI NEGERI TERENGGANU |
|
RUMAH KAMPUNG DI NEGERI TERENGGANU |
Rumah tradisional dibina menggunakan hasil
alam seperti kayu meranti, nyatoh dan sebagainya
4 ulasan:
best best semuanya
Blog yg bagus
pndainye zaid :)
..al d bez!!
proud to b Malaysian
Catat Ulasan