RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1
Tarikh / Hari :6 Mac 2012
Masa : 11.00am – 12.00ptg ( 60 minit )
Kelas : Tahun 4A
Bil. Pelajar : 25 orang
M / Pel : Kajian Tempatan Tahun 4
Tajuk : Rumah Sebagai Keperluan Asas
· Rumah Tradisional
Objektif Pembelajaran: Murid dapat mengenali jenis rumah tradisional
Kemahiran : Kaedah Inkuiri Penumuan
i. Mengenal pasti masalah
ii. Merancang cara penyelesaian
iii. Mengumpul maklumat
iv. Mengkaji maklumat terkumpul dan membuat analisis
v. Membuat rumusan
Hasil Pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat
a. Menamakan jenis rumah tradisional yang terdapat di Malaysia
b. Mengelaskan jenis rumah tradisional
c. Membandingkan dan membezakan jenis rumah tradisional
d. Membuat generalisasi tentang kesesuaian sesuatu jenis rumah dengan kawasan tertentu
Pengetahuan Sedia Ada :
i. Murid telah mempelajari perihal rumah pada subtopic yang lepas.
ii. Murid pernah melihat jenis-jenis rumah tradisional melalui gambar, lawatan sambil belajar, televisyen.
Konsep ; Murid dapat mengenali jenis rumah tradisional
Bahan : Buku teks, gambar-gambar rumah tradisional, kertas sebak, lembaran kerja,
Power point.
Nilai :
i. Berbangga dengan adanya pelbagai jenis rumah tradisional yang terdapat di Negara kita.
ii. Berbangga dengan nilai estetika seni bina rumah di Negara kita.
Langkah/Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Pembelajaran | Catatan | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Set Induksi Permulaan/ Mencungkil idea (5 min ) | menamakan jenis rumah tradisional yang terdapat di Malaysia | Guru bertanya beberapa soalan kepada murid : a. Di manakah kamu tinggal? b. Apakah bentuk rumah kamu? c. Guru menunjukkan gambar rumah tradisional ( Lampiran 1) d. Guru meminta murid menamakan jenis rumah yang ditunjukkan. | 1.Murid menjawab soalan guru. 2.Murid memerhati gambar yang dipaparkan sambil memikirkan jawapan. | Strategi/ Teknik: Kaedah soal-jawab |
Langkah 1 Membanding/ Membeza (25 min) | mengelaskan jenis rumah tradisional di Malaysia | a. Guru menerangkan tentang jenis-jenis rumah tradisional yang terdapat di Malaysia menggunakan buku teks dan MS Power Point. ( Lampiran 2 ) | a. Murid mendengar penerangan guru. b. Murid dapat mengenali jenis rumah tradisional | Strategi/ Teknik: Inkuiri Penemuan - mengumpul maklumat |
Langkah 2 Aplikasi Idea (25min) | a. mengelaskan jenis rumah tradisional di Malaysia b.Mengkategori rumah tradisional di Malaysia | a.Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan bagi menjalankan aktiviti dalam kumpulan bagi sesi kemahiran berfikir. . b.Guru mengedarkan borong maklumat bagi jenis-jenis rumah yang telah dicetak kepada murid. ( Lampiran 3) c. Guru mengarah yang disediakan dengan melayari laman web yang disediakan. d. Guru menyemak jawapan bersama murid. e. Guru mengedarkan lembaran kerja. ( bahan penilaian 1 ) | 1. Murid mencari maklumat tentang jenis rumah di laman web dalam kumpulan masing- masing. 2. Kemudian wakil murid dari setiap kumpulan membentang- kan hasil kerja di depan kelas. 3. Murid menyiapkan lembaran kerja. | Strategi: Perbincangan kumpulan |
Penutup (5 min) | guru bersama murid merumus subtopik yang telah dipelajari pada hari ini. | a. Guru menayangkan jawapan menggunakan MS Power Point. ( Lampiran 4 ) b. Guru menyatakan kelebihan yang ada pada rumah tradisional dengan menggunakan slaid Power Point. ( Lampiran 5 ) | Murid membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal. | Strategi: Penyoalan keseluruhan kelas Membuat rumusan |
Refleksi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan