Loading...

3/08/2012

JENIS-JENIS RUMAH DI MALAYSIA - RUMAH TRADISIONAL

    
                            1) RUMAH TRADISIONAL

                                 i) RUMAH PANJANG

Sebuah rumah panjang boleh mengandungi beberapa keluarga domestik yang menetap di dalamnya. Bilangannya tidak tetap, mungkin tujuh, sepuluh atau lima puluh keluarga domestik.


RUMAH PANJANG DI SARAWAK





<><><><>
<><><><>
RUMAH PANJANG DI NEGERI SARAWAK








ii) RUMAH BAJAU LAUT                                 

RUMAH BAJAU LAUT, SEMPORNA, SABAH


Bangsa Bajau Laut membina rumah di atas laut dengan menggunakan jangkungan ataupun kayu keras ( kayu bakau) yang dijadikan penahan supaya rumah dibina tidak tumbang. Kadangkala jangkungan tersebut dipasak beberapa batu ke dalam laut sehingga jarak permukaan lantai rumah dengan laut hampir 800 meter.

RUMAH BAJAU LAUT , SEMPORNA, SABAH



Bangsa Bajau Laut menggunakan perahu dan bot sebagai pengangkutan utama untuk ke bandar atau mencari rezeki di lautan. Pekerjaan utama mereka ialah nelayan memandangkan kehidupan mereka dikelilingi dengan laut.

RUMAH BAJAU LAUT SABAH



 RUMAH BAJAU LAUT DI SEMPORNA SABAH

RUMAH PANJANG BAJAU SABAH



                            iii) RUMAH MINANGKABAU



RUMAH MINANGKABAU

Rumah Melayu Tradisional Negeri Sembilan(Rumah Minangkabau) mempunyai bumbung panjang iaitu jenis yang mempunyai satu perabung yang memanjang dari kiri ke kanan atau arah hulu ke hilir selari dengan jalan atau sungai. Bumbungnya mempunyai lentik yang bervariasi.



RUMAH MINGANKABAU

Disamping itu, rumah jenis ini mempunyai atap yang bertingkat antara atap bumbung rumah hadapan (rumah ibu) dengan atap serambi. Kebiasaannya, Rumah Melayu Tradisional Negeri Sembilan adalah jenis beranjung satu iaitu jenis berpangkal serambi. Ia mempunyai rumah belakang (dapur) yang bergabung dengan rumah ibu. Antara ciri lainnya yang standard adalah mempunyai 12 tiang serta berlantai tinggi dari tanah dan bertangga kayu.




                iv) RUMAH KAMPUNG            


                                       
RUMAH KAMPUNG DI NEGERI KEDAH




Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina orang Melayu yang sangat bernilai dan telah direka bentuk serta dibina sehingga menampakkan betapa mahir dan kreatifnya bangsa Melayu dalam bidang seni bina.



RUMAH KAMPUNG DI NEGERI KEDAH
Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dengan sifat  kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar.  

                              


RUMAH KAMPUNG DI NEGERI PERAK



Reka bentuk rumah tradisional Melayu memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan keluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri.

RUMAH KAMPUNG DI NEGERI PERAK
Antara faktor yang mempengaruhi seni bina rumah Melayu  ialah faktor iklim, agama Islam, sosial dan alam sekitar.


RUMAH KAMPUNG DI NEGERI MELAKA

RUMAH KAMPUNG DI NEGERI MELAKA

                                                   
RUMAH KAMPUNG DI NEGERI KELANTAN

       Secara amnya, rumah tradisional Melayu ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau ayaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah.          


RUMAH KAMPUNG DI NEGERI KELANTAN



                                          

RUMAH KAMPUNG DI NEGERI JOHOR

Rumah tradisional ialah rumah yang dibina secara tradisi dan   dibina oleh tukang kayu menggunakan kemahiran tradisi  seperti sebuah rumah menggunakan pasak iaitu tanpa paku. 
RUMAH KAMPUNG DI NEGERI JOHOR

Ruang dalaman rumah tradinional Melayu mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minangkabau, Siam, Cina dan Barat.


                                    
     

RUMAH KAMPUNG DI NEGERI TERENGGANU

RUMAH KAMPUNG DI NEGERI TERENGGANU
Rumah tradisional dibina menggunakan hasil alam seperti kayu meranti, nyatoh dan sebagainya


                                                                                                                                                                              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan