Loading...

4/23/2012


Pihak Yang Terlibat Dalam Pembinaan Rumah

Pemaju

Kontraktor

Kerajaan

Pelabur

Syarikat Kewangan

Pengendali / Juru Operasi

4/19/2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3


 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3

Tarikh / Hari                  :11 April 2012 

Masa                              : 11.00am – 12.00ptg ( 60 minit )

Kelas                              : Tahun 4A                                                                        

Bil. Pelajar                   : 25 orang

M / Pel                            : Kajian Tempatan Tahun 4

Tajuk                              : Rumah Sebagai Keperluan Asas

·       Struktur Binaan dan Bahan Binaan

Objektif Pembelajaran: Murid dapat mengenali perbezaan rumah tradisional dan rumah

                                         Moden berdasarkan pembinaan rumah

Kemahiran                    : Kaedah Inkuiri Penumuan

i.            Mengenal pasti masalah

ii.         Merancang cara penyelesaian

iii.        Mengumpul maklumat

i.               Mengkaji maklumat terkumpul dan membuat analisis

ii.              Membuat rumusan

Hasil Pembelajaran     : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat

a.     Menyenaraikan bahan binaan rumah.

b.     Menamakan pihak yang terlibat dalam pembinaan sebuah rumah.

c.     Menghuraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk membina rumah.

d.     Menghuraikan perlunya proses yang betul dalam pembinaan

e.     Merancang penggunaan bahan-bahan alternatif yang boleh digunakan dalam pembinaan rumah.

Pengetahuan Sedia Ada :

i.               Murid telah mempelajari perihal rumah pada subtopic yang lepas.

ii.              Murid pernah melihat proses pembinaan rumah melalui gambar, suratkabar,buku,dan televisyen.

Konsep ; Murid dapat mengenali perbezaan rumah tradisional dan rumah moden

               berdasarkan pembinaan rumah.

Bahan   :    Buku  teks, gambarajah,lirik lagu, radio, lembaran kerja.

Nilai :

i.               Menghargai rumah sebagai tempat tinggal.

ii.              Berbangga dengan nilai estetika seni bina rumah di Negara kita.


Langkah/
Masa


Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi

( 5 minit )

Murid memahami rumah sebagai tempat tinggal
a.     Guru mengedarkan lirik lagu “ Rumah Oh Rumah” kepada murid. (Lampiran 11)

b.     Guru memanggil 5 murid ke hadapan untuk berperanan sebagai rumah dan 5 murid sebagai matahari.


1.     Murid Matahari melakonkan bagaimana cahaya menyinari rumah sambil menyanyi berpandukan lirik yang diberi.
Strategi/Teknik:
Kaedah soal-jawab
Langkah 1

Membanding/
Membeza
(25 minit)


a) Murid memahami factor yang mempengaruhi pembinaan rumah
a.     Guru bersial-jawab dengan murid tentang lirik lagu yang dinyanyikan.
-Kenapakah rumah menjadi panas?
-Dimanakah pada bahagian rumah menerima paling banyak cahaya matahari?

b.     Guru meminta murid meyenaraikan bahan-bahan pembinaan rumah.
c.     Guru menerangkan pihak yang terlibat dalam pembinaan rumah dengan menggunakan MS Power Point ( Lampiran 12)

a.     Murid menjawab soalan guru.
-Cahaya matahari menyinari rumah
-Dinding luar rumah

b.     Murid cuba menyenaraikan dan menghuraikan bahan-bahan pembinaan rumah.
c.     Murid mencatatkan maklumat yang disampaikan oleh guru.
Strategi/Teknik:

Inkuiri Penemuan
-mengumpul maklumat

Aplikasi Idea

( 25 minit )
a.     Merancang penggunaan bahan-bahan alternative yang boleh digunakan dalam pembinaan rumah
a.     Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan bagi menjalankan aktiviti dalam kumpulan bagi sesi kemahiran berfikir.

b.     Guru meminta murid menyenaraikan bahan-bahan alternative yang boleh digunakan dalam pembinaan rumah.

c.     Guru mengulaskan hasil perbincangan murid.
( Lampiran 13 )

a.     Murid mencari maklumat di laman web yang disediakan.

b.     Kemudian wakil murid dari setiap kumpulan membentangkan hasil kerja di depan kelas.
Strategi:

-Perbincangan kumpulan

-menganalisis maklumat
Penutup

(5 minit)
Guru bersama murid merumus subtopik yang telah dipelajari pada hari ini.
a.     Guru menayangkan lirik lagu “Rumah Oh Rumah” dengan menggunakan MS Power Point.
( Lampiran 12 )

b. Guru menyedarkan lembaran kerja.
( bahan penilaian 3 )

a.     Murid menyanyikan lagu tersebut dan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.

b. Murid menyiapkan lembaran kerja.
Strategi:

-Penyoalan keseluruhan kelas

Sumber pengajaran:

-slaid PP

TAYANGAN SLIDE RUMAH-RUMAH DI MALAYSIA

http://www.skyalbum.com/album2/2012/201203/20120331/LINGCHINMEE/4f77b523185/myalbum.swf

4/14/2012

VIDEO YOU TUBE - RUMH TRADISIONAL DI KAMPUNG KUBANG


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN II


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2
Tarikh / Hari                  :4 April 2012                                                                                 
Masa                               : 11.00am – 12.00 ptg ( 60 minit )
Kelas                             : 4A                                                                                     
Bil. Pelajar                      : 25 orang
M / Pel                           : Kajian Tempatan Tahun 4
Tajuk                              :  Rumah Sebagai Keperluan Asas
·       Rumah Moden
Objektif Pembelajaran: Murid dapat mengenali jenis-jenis rumah moden
Kemahiran                    :  Kaedah Inkuiri Penumuan
i.               Mengenal pasti masalah
ii.              Merancang cara penyelesaian
iii.             Mengumpul maklumat
iv.             Mengkaji maklumat terkumpul dan membuat analisis
v.              Membuat rumusan                               
Hasil Pembelajaran     : Di akhir pembelajaran ini, murid dapat:
a.     Menamakan jenis rumah moden yang terdapat di Malaysia
b.     Mengelaskan jenis rumah moden
c.     Membandingkan dan membezakan rumah moden dengan rumah tradisional
d.     Membuat generalisasi tentang kesesuaian sesuatu jenis rumah dengan kawasan tertentu
Pengetahuan Sedia Ada :
i.               Murid telah mempelajari perihal rumah pada subtopic yang lepas
ii.              Murid pernah melihat jenis-jenis rumah moden melalui gambar , lawatan sambil belajar, televisyen
Konsep             ; Murid dapat mengenali jenis rumah moden
Bahan              : Buku teks, model-model rumah moden, kertas sebak, kertas, kotak      
             : power point, ranting plastesin, gunting, gam, pita pelekat .
Nilai     : i.         Berbangga dengan adanya pelbagai jenis rumah moden yang terdapat
                        di Negara kita.
             : ii.        Berbangga dengan nilai estetika seni bina rumah di Negara kita.

Langkah/Masa


Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid


Set Induksi

Permulaan/
Mencungkil
Idea
( 5 minit )

Menamakan jenis rumah moden yang terdapat di Malaysia
Guru bertanya beberaapa solan kepada murid :
a.     Mengapakah kita mempunyai pelbagai jenis rumah di Malaysia?
b.     Mengapakah berlakukah pembinaan rumah moden?
c.     Guru menunjukkan gambar rumah moden.
( Lampiran 6 )

1.     Murid menjawab soalan guru.

2.     Murid memerhati gambar yang dipaparkan oleh guru sambil memikirkan jawapan.
Strategi/Teknis:

Kaedah soal-jawab
Langkah 1

Membanding/
Membeza
( 25 minit )
a.     Membanding dan membeza rumah moden di Malaysia

a.     Guru menerangkan tentang jenis-jenis rumah moden yang terdapat di Malaysia  dengan menggunakan buku teks dan MS Power Point.( Lampiran 7 )

a.     Murid mendengar penerangan guru.

b.     Murid dapat mengenali jenis rumah moden
Strategi/Teknik:

Inkuiri Penemuan

-mengumpul maklumat
Langkah 2

Aplikasi Idea
( 25 minit )

a.     Mengelaskan jenis rumah moden di Malaysia
a.     Guru membahagikan murid kepad 4 kumpulan bagi menjalankan aktiviti dalam kumpulan bagi sesi kemahiran berfikir.


b.     Guru mengedarkan
borang untuk membanding dan membeza jenis-jenis rumah yang telah dicetak kepada murid.
( Lampiran 8 )

     
a.     Murid mencari maklumat tentang jenis rumah

b.     Kemudian wakil murid dari setiap kumpulan membentangkan hasil kerja di depan kelas.

Strategi:
-Perbincang kumpulan
-Menganalisis maklumat
Penutup

 ( 5 minit )
Guru bersama murid merumus subtopic yang telah dipelajari pada hari ini.
a.     Guru menayangkan jawapan menggunakan MS Power Point ( Lampiran 9 )

b.     Guru mengedarkan lembaran kerja.
a.     Murid membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.

b.     Murid membuat latihan dalam lembaran kerja


Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas

Sumber pengajaran:
Slaid pp

4/09/2012

PENERANGAN RUMAH MELAYU TRADISIONAL

Sila mengikuti Link di bawah ini untuk mendapat penerangan yang lebih lanjut tentang rumah melayu tradisional.
RUMAH MELAYU TRADISIONAL